'Masa tidak sesuai naikkan gaji? Itu alasan 20 tahun lepas'
Iklan
UNI-MLC gesa Majlis Perundingan Gaji Negara dapat keluarkan satu kenyataan yang positif dan berani berhubung hal tersebut
SHAH ALAM - Jangkaan bahawa kenaikan kadar gaji minimum kepada RM1,500 sebulan akan mengakibatkan kerugian kepada pengusaha adalah ungkapan standard yang sering digunakan sejak 20 tahun lepas sehinggalah ke hari ini.
Demikian kata Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), Datuk Mohamed Shafie BP Mammal sebagai mengulas kenyataan Pakar ekonomi Universiti Tun Abdul Razak (Unirazak), Profesor Dr Barjoyai Bardai bahawa penetapan kadar gaji minimum yang baharu dijangka mengakibatkan lebih banyak syarikat dan usahawan mengalami kerugian, seterusnya terpaksa gulung tikar.