'Car seat pun nak curi'

Iklan
Paparan Twitter tular di laman sosial.

BUKIT INDAH - Seorang pelayar Twitter meminta bantuan warganet untuk mengesan sebuah kerusi keselamatan bayi (baby car seat) yang dicuri apabila keretanya dipecahkan penjenayah di sebuah pasar raya di Bukit Indah Johor Bahru baru-baru ini.

Kata Anis Jasmani, kerusi bayi jenama terkenal Chicco berwarna hitam kelabu berada di bahagian belakang.

Iklan
Iklan

"Sabar je lah, sesiapa yang ada terjumpa orang yang tiba-tiba jual 'preloved car seat' jenama Chicco next fit, warna hitam kelabu terutama di kawasan Johor Bahru, beritahu ya.

"Curi barang aku tak mengapa, yang buat aku geram dia curi barang anak aku ni," ciapnya tular di laman sosial.

Iklan

Menerusi bebenang, katanya, kawasan parkir tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) sekali gus menyukarkan usahanya untuk mengesan penjenayah itu.

Jelasnya, kejadian itu berlaku pada tengah hari dan penjenayah telah mematikan fungsi sistem penggera kereta sebelum memecahkan tingkap belakang kereta bagi mengelakkan kegiatan diketahui.

Iklan

Perkongsian itu mendapat simpati dari netizen yang menyifatkan kerusi keselamatan bayi kini menjadi rebutan susulan kerajaan mewajibkan peraturan pemasangan dan penggunaan kerusi bayi dalam setiap kereta persendirian pada 2020.

"Gila la JB sekarang. 'Carseat' pun orang curi," ciap mamamalas.

Kata Annira,"Mungkin sebab tahun depan wajib pakai 'car seat' tu yang mereka pakat curi kot."

Tambah @anissyazwania,"Dia macam tahu je harga 'car seat' ini mahal. Sabar ya, semoga ALLAH ganti yang lebih baik."