Imbasan wajah untuk buat pembayaran di China

Iklan
Ketika ini kebanyakan pembayaran menggunakan imbasan kod QR melalui Wechat Pay.

BEIJING - Syarikat teknologi gergasi di China kini sedang mengkaji penggunaan imbasan wajah dan cap jari untuk membuat transaksi.

Ketika ini, kebanyakan pengguna di Beijing menggunakan imbasan kod QR sejenis sistem kod bar bagi membuat pembayaran di dua platform paling popular, Wechat Pay dan Alipay milik Alibaba.

Iklan
Iklan

"Di Beijing, kaedah bayaran menggunakan kod QR telah menggantikan wang tunai dan kad dalam tempoh lima tahun. Mungkin beberapa tahun akan datang, produk baharu dan lebih baik untuk menggantikan kod QR," kata Timbalan Presiden Wechat Business Group milik Tencent, Greg Geng di sebuah persidangan di daerah Nansha, Guangzhou semalam.

Ogos lalu, WeChat Pay memperkenalkan sistem 'Frog Pro' yang membolehkan pengguna membuat bayaran dengan hanya mengimbas wajah mereka tanpa menggunakan telefon bimbit.

Iklan

Teknologi itu kini sedang diuji di beberapa rantaian runcit dan muncul selepas Alipay melancarkan sistem pembayaran pengenalan wajah sendiri, Dragonfly pada tahun lalu.

Ketika disoal tentang data peribadi dan keselamatan, Geng memaklumkan ia sedang bekerjasama dengan pengawal selia di China untuk memperkenalkan teknologi pembayaran baharu yang syarikat perlu mematuhi sebarang keperluan perlindungan data pengguna.

Iklan

"Ia juga membolehkan pelancong membuat bayaran lebih mudah di China berikutan pembayaran menerusi kad asing seperti Visa dan Mastercard biasanya tidak diterima," ujarnya lagi.

- Agensi