Jumpa bayi depan rumah jiran

Iklan
Yahya menunjukkan tempat bayi berbalut kain ditemui di rumah penduduk Kampung Parit Kerimon

PONTIAN - Seorang wanita masih tidak dapat melupakan detik dia menjumpai seorang bayi lelaki di hadapan rumah jirannya, Khamis lalu.

Bayi yang masih hidup itu hanya dibalut dengan kain diletakka di hadapan rumah yang tidak berpenghuni di Kampung Parit Kerimon, Benut.

Iklan
Iklan

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ng itu berkata bunyi bising seperti anak kucing yang didengar dari rumah jiran kira-kira jam 2 petang itu, membuatkan dia berasa tidak sedap hati.

"Saya segera ke rumah itu yang terletak di hadapan rumah saya.

Iklan

"Bunyi bising itu semakin kuat, tapi, makin saya dekat dengan rumah jiran, bukan suara anak kucing tapi suara tangisan bayi,” katanya.

Bayi yang sempat diberi minum susu menggunakan sudu

Terkejut melihat ada bayi diletakkan atas lantai depan rumah itu, Ng terus memanggil jiran lain untuk membantu.

Iklan

"Saya sempat beri bayi itu susu menggunakan sudu. Saya tengok tangan bayi itu seperti digigit semut, manakala tali pusatnya sudah jatuh,” katanya lagi.

Imam Masjid Kampung Parit Kerimun, Yahya Jamil berkata, penemuan bayi itu sesuatu yang mengejutkan kerana lokasi kampung terletak agak jauh dari Pekan Benut mahupun bandar Pontian.

Katanya, lokasi bayi ditemui itu dihuni seorang warga emas berusia 52 tahun yang difahamkan berada di rumah anaknya di Johor Bahru ketika kejadian berlaku.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian Suprintendan Mustafa Bakri Salleh ketika dihubungi mengesahkan penemuan bayi lelaki itu.

Bayi itu dibawa ke Hospital Pontian dan keadaannya dilaporkan stabil walaupun mengalami kesan kemerahan pada badan dan tangan dipercayai kerana gigitan semut.

"Bayi itu dianggarkan berusia dua minggu dan kini ditempatkan di wad kanak-kanak untuk pemerhatian,” katanya.