KOTA KINABALU - Jabatan Pendidikan Negeri Sabah telah menyiasat dakwaan seorang pengetua sebuah sekolah di sini menghantar mesej berunsur seksual kepada pelajar.
Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob berkata, setakat ini dakwaan membabitkan pengetua berkenaan yang dibuat oleh pelajar terlibat dalam proses siasatan di bawah Jawatankuasa Tindakan Tatatertib jabatan itu.