KLANG - Sebuah kilang berhampiran Wisma Kastam Pelabuhan Klang terbakar dalam kejadian petang tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan mengenai kejadian kira-kira jam 3.23 petang.
Iklan
Iklan
"Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang, Sungai Pinang, Kota Raja, Kapar, Kota Anggerik, Shah Alam, Pandan dan Subang dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Kebakaran melibatkan sebuah kilang berkeluasan 200 x 100 kaki persegi terbakar 80 peratus," katanya.
Anggota bomba memadamkan kebakaran di lokasi terlibat.
Iklan
Menurutnya, kebakaran tidak melibatkan kemalangan jiwa.
"Punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan," katanya.
Iklan