Saifuddin puji Najib pengguna bijak, ucap terima kasih

Iklan
Paparan skrin ciapan Saifuddin di laman mikro Twitter sebagai reaksi kepada aduan Najib.

KUALA LUMPUR – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memuji Datuk Seri Najib Razak kerana menjadi pengguna bijak dengan melaporkan berkaitan harga telur ayam yang tidak turun.

Saifuddin turut mengucapkan terima kasih kepada bekas Perdana Menteri itu dan memaklumkan perkara itu akan dilanjurkan kepada bahagian penguatkuasaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.

Iklan
Iklan

"Terus menjadi pengguna bijak dan laporkan kepada kami,” tulisnya sebagai maklum balas kepada ciapan Najib di laman mikro Twitter, pagi tadi.

Awal hari ini, Najib berkunjung ke Pasar Datuk Keramat untuk meninjau harga barang dan mendapati peniaga di pasar berkenaan tidak menurunkan harga telur seperti yang diumumkan KPDNHEP.

Iklan

Ahli Parlimen Pekan itu juga turut berkongsi papan tanda harga telur yang dijual di pasar tersebut.

"Harga telur di Pasar Datuk Keramat pagi ini. Menteri kata turun tapi penjual kata naik.

Iklan

"Saya buat tinjauan tadi,” tulis Najib.

Bulan lalu, Saifuddin berkata, KPDNHEP akan menyiasat sama ada aktiviti kartel telah menyebabkan harga telur meningkat secara konsisten pada setiap minggu sejak beberapa bulan lepas.

Menurutnya, KPDNHEP menerima banyak aduan daripada pengguna mengenai kenaikan harga telur terutamanya sejak pertengahan November, antaranya di Pulau Pinang, Sarawak dan Putrajaya.

KPDNHEP telah menjalankan pemeriksaan di peringkat pengeluaran, pengedaran dan pemborong di seluruh negara sejak 7 Disember bagi mengesan punca peningkatan tersebut berlaku.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan harga telur untuk semua gred turun 2 sen susulan lonjakan 10 sen baru-baru ini.