‘Pemain negara kena lipat ganda usaha’

Iklan
Zii Jia antara pemain utama skuad badminton negara. - Foto: AFP

BEKAS pemain badminton negara, Roslin Hashim mengakui pemain-pemain negara yang bakal mengalas cabaran Malaysia pada saingan perlu melipat gandakan usaha bagi merealisasikan sasaran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membawa pulang satu emas.

Menurut Roslin, berdasarkan situasi semasa pemain negara perlu bekerja lebih keras lagi biarpun sasaran dua pingat emas sebelum ini dikurangkan kepada satu pingat emas oleh BAM.

Iklan
Iklan

"Secara jujur sasaran satu pingat emas itu juga sebenarnya cabaran besar kepada skuad badminton negara untuk direalisasikan berdasarkan prestasi pemain-pemain negara dalam beberapa kejohanan tahun ini.

"Dengan barisan pemain-pemain utama yang ada sekarang seperti Lee Jii Zia (perseorangan lelaki), Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai (beregu campuran) dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki), saya percaya mereka mampu melakarkan kejutan sekiranya mereka melipat gandakan usaha untuk menghasilkan keputusan luar biasa pada temasya itu nanti.

Iklan

"Cabaran kita sebenarnya tidak hanya akan datang daripada pencabar utama iaitu Indonesia tetapi juga Thailand yang mula mempamerkan peningkatan dalam beberapa kejohanan kebelakangan ini,” katanya.

Kem badminton negara yang sebelum ini meletakkan sasaran dua pingat emas pada Sukan SEA 2019 terpaksa mengurangkan sasaran itu kepada satu pingat emas setelah juara bertahan acara perseorangan wanita, Goh Jin Wei tidak dapat menyertai temasya itu kerana terpaksa menjalani pembedahan usus pada bulan lalu.

Iklan