Nenek 'sado' tiga cucu beri inspirasi

Iklan
Hillis menerima reaksi positif daripada kebanyakan orang yang kagum dengan tubuh 'sado' miliknya.

ONTARIO - Seorang nenek 'sado' di Kanada mencuri tumpuan peminat sukan angkat berat di seluruh dunia dengan bisep 17 inci miliknya.

Robin Hillis, 48, dari Ontario mendapat tubuh seperti itu tanpa mengira pengambilan kalori dan turut mengambil makanan lima kali sehari berubah 360 darjah daripada seorang wanita pemalu kepada atlet yang memberi inspirasi kepada ramai orang.

Iklan
Iklan

Nenek kepada tiga cucu itu turut menerima pelbagai reaksi positif berhubung fizikalnya yang mengagumkan.

"Mempunyai anak tidak menghalang golongan wanita untuk mendapat badan 'sado' seperti ini," katanya yang juga bergelar jurulatih peribadi.

Iklan

Menurutnya, dia mula jatuh cinta dengan sukan bina badan selepas mula menyertai gim untuk mengekalkan kecergasan tubuhnya.

Dia berjaya mengekalkan bentuk tubuhnya dengan berat 90.72 kilogram walaupun selepas kelahiran dua anaknya Katey, 23, dan Courtney, 21.

Iklan

Usaha kerasnya selama beberapa tahun akhirnya membuahkan hasil pada 2014 dan dia kini mula menyertai liga profesional di seluruh dunia.

"Saya terima pelbagai reaksi, namun kebanyakannya adalah positif. Saya jarang terima komen negatif di media sosial atau secara berhadapan. Tidak sukar untuk dapat tubuh seperti ini walaupun ia sebenarnya bergantung kepada profil hormon, metabolisme dan gaya hidup individu," ujarnya. - Agensi