Lelaki ditikam warga emas ketika mabuk

Iklan

GEORGETOWN - Seorang warga Syria yang tinggal secara haram di negara ini parah ditikam seorang pekerja rumah tumpangan ketika kedua-dua mereka bertengkar dalam keadaan mabuk di hadapan premis itu di Lorong Prangin di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 1.25 pagi mengenai seorang lelaki cedera di bahagian kepala, perut dan kaki kiri akibat ditikam seorang pekerja rumah tumpangan berusia 69 tahun.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal mendapati mereka yang dalam keadaan mabuk bergaduh selepas terlanggar antara satu sama lain ketika mahu ke tandas di aras bawah rumah itu sebelum berlaku pertengkaran dan tolak menolak sehingga suspek mengambil pisau dan menikam mangsa beberapa kali," katanya di sini hari ini.

Soffian berkata, polis menahan lelaki warga emas itu di lokasi kejadian dan merampas pisau yang digunakannya untuk menikam mangsa.

Iklan

Mangsa yang menerima rawatan di hospital Pulau Pinang dilaporkan dalam keadaan stabil dan ditahan kerana tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri.

Katanya, lelaki warga emas itu pula mempunyai 19 rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah itu kini direman untuk siasatan lanjut dan kes itu disiasat menurut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan parah. - Bernama

Iklan