Ahmad Maslan mahu terbitkan buku masakan

Iklan

PONTIAN - Perkongsian gambar nasi goreng yang dimasak sendiri Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan menarik perhatian ramai.

Justeru Ahli Parlimen Pontian bercadang untuk mengeluarkan buku masakan sendiri yang mengandungi pelbagai resipi air tangan beliau.

Iklan
Iklan

Menurut Ahmad, memasak merupakan hobinya ditambah nasi goreng antara menu hidangan yang digemari.

Menariknya, nama bagi hidangan nasi goreng diberikan berdasarkan situasi politik semasa negara pada masa kini.

Iklan

"Waktu GST dulu, ada nasi goreng Ahmad Maslan.

"Hobi memasak ini saya teruskan sehingga sekarang,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Kampung Parit Haji Ahmad, Sanglang Benut, di sini hari ini.

Aktif di media sosial, Ahmad sering memuat naik foto masakannya beserta resipi ringkas.

"Nasi goreng petai paling banyak dapat respon. Manakala Nasi goreng ‘ngap’ rasanya agak pedas dimasak dengan cili yang saya tanam sendiri.

"Sesuai dengan situasi politik yang panas sekarang ini,” katanya.

tidak mustahil buku resipinya itu nanti akan mendapat sambutan memandangkan nama dan resipi ringkasnya itu memudahkan pembaca mencubanya.