Letupan kuat gegar Damsyik

Iklan
Gambar hiasan

DAMSYIK - Letupan kuat menggegar ibu kota Syria, Damsyik, pada awal pagi Rabu, lapor agensi berita Rusia Sputnik.

Letupan pertama kedengaran pada kira-kira jam 1.30 pagi waktu tempatan Rabu (23:30 GMT Selasa).

Iklan
Iklan

Sekurang-kurangnya 20 letupan berlaku dengan setiap satunya selang lima saat.

Stesen penyiar rasmi Syria iaitu Al-Ikhbariya TV (Saluran Berita Syria) melaporkan bahawa sistem pertahanan udara negara itu berusaha menangkis serangan ke atas Damsyik dan kawasan sekitarnya pada awal pagi Rabu.

Iklan
Iklan

Beberapa peluru berpandu telah ditembak jatuh di selatan Damsyik, menurut saluran TV itu. - Bernama