Kejam, gajah Sumatera ditemukan mati tanpa kepala

Iklan
Doktor haiwan memeriksa bangkai gajah tanpa kepala yang ditemui di Riau. - Foto AFP

PEKANBARU - Bangkai seekor gajah Sumatera tanpa kepala dan gading ditemui seorang pekerja ladang di wilayah Riau, Indonesia kelmarin.

Menurut pihak berkuasa, gajah jantan berusia 40 tahun itu dipercayai telah mati hampir seminggu lalu.

Iklan
Iklan

"Kepalanya dipotong dan gadingnya yang pecah ditemui kira-kira satu meter dari bahagian badan.

"Kami mengesyaki gajah itu diburu dan dibunuh sebelum kepalanya dipenggal untuk mengeluarkan gading," kata Ketua Agensi Pemuliharaan Tempatan, Suharyono.

Iklan

Penebangan hutan yang berleluasa telah mengurangkan habitat semula jadi spesies tersebut, malah gading haiwan itu pula berharga dalam perdagangan hidupan liar haram.

Tahun lalu, bangkai seekor gajah tanpa gading ditemui di wilayah Aceh dipercayai mati akibat diracun.

Iklan

Kementerian Alam Sekitar Indonesia menganggarkan kurang daripada 2,000 gajah Sumatera masih berada di hutan. - AFP