RAUB - Anggota bomba mengambil masa kira-kira setengah jam menangkap sepasang burung hantu di Dewan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Raub, di sini hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub, Penolong Penguasa Bomba Khairul Anuar Yaacob berkata, seramai enam anggota dari balai terbabit ke lokasi selepas menerima panggilan orang awam mengenai kehadiran spesies terbabit yang ditemui sedang duduk di para dewan dan belakang kerusi dalam kejadian kira-kira jam 11.32 pagi.