IPOH -"Sampaikan salam saya kepada kumpulan tersebut," demikian reaksi Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengenai memorandum Pertubuhan Rangkaian Organisasi Reformis Malaysia (Pro 98 Reformis) yang mendesaknya untuk berundur sebagai Menteri Besar Perak.
Ahmad Faizal berkata, beliau masih belum berkesempatan untuk meneliti memorandum rakyat yang telah tersebar termasuk kepada wakil-wakil pembangkang dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.