Aksi kejohanan Muay Thai di Kelantan patuh syariah

Iklan
Zuraidin

KOTA BHARU - Sebanyak lima regu termasuk tiga peserta dari luar negara yang menyertai Kelantan International Muay Fight 2019 Jumaat ini bakal beraksi mengikut patuh syariah.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Kelantan, Zuraidin Abdullah berkata, kejohanan sehari bermula jam 9 malam itu yang dianjurkan kerajaan Kelantan dengan kerjasama Persatuan Muay Negeri Kelantan dan Persatuan Seni Silat Tari Jatuh Kelantan (Setanjak).

Iklan
Iklan

Zuraidin berkata, peserta dari Thailand iaitu Lextawi, Roberto Felypinho (Brazil) dan Steve (Great Britain) sudah menyatakan persetujuan untuk mematuhi peraturan ditetapkan Kerajaan Membangun Bersama Islam.

Zuraidin

Iklan

"Mereka tidak mempunyai masalah untuk ikut peraturan Kerajaan Kelantan untuk memakai pakaian patuh syariah menutup aurat ketika beraksi di Stadium Sultan Muhammad IV, Jumaat ini.

"Setakat ini juga semua penganjur di peringkat negeri dan jajahan juga mengikuti peraturan sebagaimana ditekankan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob supaya setiap acara sukan wajib patuh syariah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Iklan

Hadir sama pada sidang akhbar di Bilik Mesyuarat Stadium Sultan Muhammad IV ialah Presiden Persatuan Muay Negeri Kelantan, Datuk Dr Zulkepli Mohamed.

Zuraidin berkata, tiga tali pinggang bakal menjadi rebutan iaitu Tali Pinggang Presiden Muay Kelantan, Datuk Dr Zulkepli Mohamed, Tali Pinggang Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, Mejar Datuk Md Anizam Abdullah dan Tali Pinggang Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat.

Acara sempena promosi Tahun Melawat Kelantan 2020 terbuka secara percuma kepada semua rakyat di negeri ini untuk menyaksikan perlawanan regu kelas A yang dibawakan khas buat kali pertama kepada peminat muay thai.

Zuraidin juga berkata, dianggarkan 10,000 penonton bakal menyaksikan perlawanan regu-regu hebat yang mana katanya acara tersebut bakal dijadikan program tahunan di negeri ini dalam skala lebih besar.

Sementara itu Zulkepli berkata, kelainan pada penganjuran kali keempat itu juga turut menyelitkan satu regu silat dalam usaha memperhebatkan lagi seni tersebut.

"Kali ini kita tampilkan regu yang tidak asing lagi iaitu Awi Kasturi (Tanah Merah) dan Wan Mie Lakjuna (Kedai Lalat)," katanya.