Jangan jadi batu api: Aminuddin

Iklan
Aminuddin

SEREMBAN - Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata terpulang kepada hak individu untuk menyokong sesiapa sahaja, namun jangan sesekali menjadi batu api.

Menteri Besar itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang memberi jaminan 18 Ahli Parlimen Pas, sepakat memberi undi percaya kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, jika ia dikemukakan di Parlimen susulan desas-desus politik.

Iklan
Iklan

Kata Aminuddin, jika Pas benar sokong (Dr Mahathir), lebih baik masuk sahaja Pakatan Harapan.

"Kalau benar menyokong, masuklah dalam Pakatan Harapan, jangan pula jadi batu api,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Keputusan UPSR di Sekolah Kebangsaan Sikamat dekat sini hari ini.

Iklan

Dalam pada itu, ketika ditanya adakah sokongan tersebut akan memberi kesan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri, Aminuddin menegaskan bahawa perkara itu tidak akan berubah.

Katanya, hal peralihan kuasa telah pun dibincang sejak awal lagi semasa manifesto dibuat dan beliau berpendapat perkara itu perlu ditepati.

Iklan

"Sejak dari dulu lagi saya maklumkan, peralihan kuasa itu telah dibincang sejak awal lagi, semasa manifesto dibuat, jadi tidak akan ada masalah sepatutnya, kita harus tepati janji, ikutlah peraturan yang ditetapkan.

"Parti lain jangan jadi batu api,” katanya.