Gempa 6.1 Richter gegar sempadan Thailand-Laos

Iklan
Sebuah sekolah di daerah Bor Kluea, Nan mengalami kerosakan susulan gempa yang menggegarkan Laos berhampiran sempadan Thailand.

BANGKOK - Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter menggegarkan sempadan Thailand dan Laos awal pagi tadi, namun tiada sebarang kematian atau kerosakan utama dilaporkan.

Menurut Pusat kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa berlaku sekitar jam 6.50 pagi (waktu tempatan) pada kedalaman 10 kilometer (km) kira-kira 92 km di timur laut Muang Nan.

Iklan
Iklan

Gempa dirasai di seluruh bahagian utara Thailand sehingga ke Bangkok, yang terletak lebih 600 km ke selatan.

"Gegaran adalah kejutan utama dari gempa di Laos. Setakat ini tiada kerosakan utama dilaporkan," menurut pegawai di Jabatan Meteorologi Thailand, Sophon Chaila.

Iklan

Agensi itu berkata, gempa menjejaskan sembilan wilayah di Thailand dan terdapat sekurang-kurangnya empat gegaran susulan.

Selain Thailand, penduduk yang tinggal di bangunan tinggi ibu negara Vietnam, Hanoi turut merasakan kediaman mereka bergoyang. - Agensi

Iklan