Tren terkandas bergesel pemegang struktur papan iklan

Iklan
Gambar hiasan

SHAH ALAM - Sebuah tren RapidKL Laluan Kelana Jaya terkandas selepas bergesel dengan pemegang struktur papan iklan sekitar jam 9.37 pagi tadi.

Menerusi satu kenyataan RapidKL berkata, pihaknya kesal dengan insiden tersebut yang menyebabkan tren berkenaan terkandas di antara Stesen Aliran Transit Ringan (LRT) SS18 dan USJ7.

Iklan
Iklan

Katanya, kejadian itu menyebabkan gangguan perkhidmatan bagi laluan tren yang menghala ke Putra Heights.

"Bagaimanapun, penumpang yang terkandas berjaya dipindahkan dengan selamat dan perkhidmatan alternatif turut disediakan kepada penumpang untuk meneruskan perjalanan dari Gombak ke Putra Heights," kata kenyataan itu.

Iklan

Sebagai langkah keselamatan, RapidKL berkata, pemegang struktur papan iklan tersebut juga telah diperkukuhkan buat sementara waktu sehingga kerja-kerja pembaikan sepenuhnya dapat dijalankan selepas tamat waktu operasi.

RapidKL turut memohon maaf dan memberi jaminan bahawa keselamatan penumpang akan diberi keutamaan.

Iklan