Keganasan memuncak di utara Brazil

Iklan
Anggota bomba memadam kenderaan yang terbakar dalam keganasan terbaharu di bandar Fortaleza.

RIO DE JANEIRO - BRAZIL. Brazil mengerahkan ratusan tenteranya ke bahagian utara negara itu bagi membendung aktiviti jenayah dan keganasan.

Tentera dari unit khas dikerah ke Fortaleza di negeri Ceara semalam selepas beberapa bank, bas dan kedai dibakar sejak beberapa minggu lalu.

Iklan
Iklan

Agensi berita Agencia Brasil berkata, kira-kira 300 anggota tentera bakal memantau dan berkawal di kawasan tumpuan di Fortaleza serta beberapa bandar berhampiran.

Langkah itu dilihat sebagai percubaan pertama Presiden Jair Bolsonaro memulihkan keadaan selepas memegang jawatan pada Selasa lalu. - Agensi

Iklan
Iklan