'Darurat iklim' perkataan Kamus Oxford 2019

Iklan
Penggunaan perkataan darurat iklim meningkat tahun ini. - Foto: Agensi

LONDON - Kamus Oxford menamakan frasa 'darurat iklim' sebagai perkataan untuk tahun ini.

Ia sekali gus mengetepikan ungkapan lain berkaitan iklim termasuk krisis iklim, eko kecemasan dan 'flight shame'.

Iklan
Iklan

Kamus Oxford mendefinisikan darurat kecemasan sebagai situasi dengan tindakan mendesak diperlukan untuk mengurangkan atau menamatkan perubahan iklim dan mengelakkan kerosakan alam sekitar.

Ungkapan tersebut dipilih kerana ia menggambarkan etos, 'mood' atau kesibukan pada tahun ini.

Iklan

"Penyelidikan kami mendedahkan peningkatan yang jelas dalam bahasa yang digunakan untuk menyampaikan maklumat dan idea mengenai iklim," menurut Kamus Oxford dalam satu kenyataan.

Menerusi data Oxford Corpus menunjukkan, penggunaan ayat itu meningkat sehingga ia menjadi salah satu terma yang paling menonjol dan diperdebatkan tahun ini.

Iklan

Bahasa yang berkaitan iklim dan alam sekitar turut tersenarai dalam senarai pendek kamus, antara perkataannya termasuk kepupusan, bersih sifar dan berasaskan tumbuhan. - Agensi