Cubaan seludup 2 juta pil kuda ke Malaysia gagal

Iklan
Gambar hiasan

NARATHIWAT - Polis Thailand berjaya merampas hampir dua juta pil kuda bernilai 144 juta baht (RM19.8 juta) di Narathiwat yang dipercayai cuba diseludup ke Malaysia dalam satu serbuan awal pagi semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 12.30 pagi (waktu tempatan), Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Pol. Mej Jen Narin Busaman berkata, polis menemui 43 bungkusan besar yang mengandungi hampir dua juta pil kuda di sebuah gudang.

Iklan
Iklan

"Dadah tersebut dipercayai dari wilayah utara Thailand dan disimpan dalam sebuah gudang di Phatthalung di Daerah Mueang, Narathiwat. Namun ketika serbuan, tiada penghuni di gudang itu.

"Siasatan awal polis mendapati sindiket pengedaran dadah itu berpengaruh dan mempunyai rangkaian jenayah rentas sempadan,” katanya pada sidang media di sini.

Iklan

Beliau berkata, usaha menjejaki dalang sindiket dadah itu dipergiat.

Polis tidak mendedahkan suspek yang sedang diburu namun difahamkan sindiket itu aktif di sempadan Thailand-Malaysia. - Bernama

Iklan