Sidang DUN: Speaker lulus permohonan Gunasekaran

Iklan
Persidangan DUN Negeri Sembilan hari ini.

SEREMBAN - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Datuk Zulkefly Mohamad Omar menerima permohonan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P Gunasekaran untuk tidak hadir pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 bermula hari ini.

Zulkefly berkata, beliau menerima permohonan Gunasekaran pada 4 November lalu untuk tidak hadir Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua yang diadakan sehingga 28 November ini.

Iklan
Iklan

"ADUN Seremban Jaya mengemukakan notis permohonan untuk tidak menghadirkan diri dalam persidangan kali ini dan saya sudah luluskan permohonan,” katanya.

Gunasekaran didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur 31 Oktober lalu berhubung kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE). - Foto Bernama
Iklan

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perutusan pada Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua Yang Ke-14 di sini hari ini.

Iklan

Terdahulu Gunasekaran yang juga Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan berdepan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Melaka pada 29 Oktober dan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 31 Oktober lalu berkaitan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).