Singa Utara sasar Cheng Hoe pula

Iklan
Cheng Hoe disenaraipendek oleh PFA sebagai calon Pengarah Bola Sepak negeri Perlis.

PERSATUAN Bolasepak Perlis (PFA) menyenaraikan Tan Cheng Hoe sebagai salah seorang calon Pengarah Bola Sepak negeri tersebut.

Menerusi Facebook rasminya, NorthernLions Perlis berkata, pengurusan PFA sedang mencari Pengarah Bola Sepak baharu bagi membantu pasukan menghadapi Liga Premier 2019.

Iklan
Iklan

"Beberapa nama telah disenarai pendek dan Cheng Hoe berada dalam pemerhatian PFA kerana beliau kini adalah ejen bebas ekoran kontrak beliau yang masih belum disambung oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Demimu Kuning Biruku," katanya.

Cheng Hoe kini masih dalam rundingan dengan FAM selepas kontraknya sebagai Ketua Jurulatih Harimau Malaysia tamat pada 31 Disember tahun lalu.

Iklan

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, pihaknya kini dalam rundingan bersama Cheng Hoe dan berharap perkara tersebut dapat diselesaikan dalam minggu ini.

Bekas pengendali Kedah itu menarik perhatian penyokong bola sepak tanah air apabila cemerlang mengemudi pasukan negara melangkah ke final Piala AFF Suzuki 2018 sekaligus memenuhi sasaran FAM sebelum ini.

Iklan

Pengumuman oleh Singa Utara itu nyata mengejutkan penyokong bola sepak tanah air apabila sebelum ini turut mencuba untuk melamar pemain sedang meningkat naik negara, Akhyar Rashid.

Bagaimanapun PFA terpaksa menarik diri daripada usahanya mendapatkan Akhyar apabila mengambil keputusan untuk mengukuhkan kewangan persatuan tersebut terlebih dahulu.