Perak guna khidmat orang asli pantau pemburu haram

Iklan
Abdul Aziz ketika menjawab soalan ADUN Jalong, Loh Sze Yee pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.

IPOH - Kerajaan Perak menerusi Perbadanan Taman Negeri Perak menjalinkan kerjasama erat dengan komuniti orang asli suku jahai bagi membanteras pemburu haram terutama terhadap spesies Harimau Malaya.

Exco Pendidikan, Sains,Teknologi dan Alam Sekitar, Dr Abdul Aziz Bari berkata, kerjasama itu termasuklah mewujudkan unit rondaan komuniti dengan menumpukan kawasan Royal Belum dan Temengor sebagai lokasi operasi utama.

Iklan
Iklan

"Kita turut mendapat sokongan kuat daripada pihak polis yang menyumbang tenaga dalam kempen selamatkan Harimau Malaya melalui Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq dengan menjalankan rondaan bagi menangkap pemburu-pemburu haram.

"Hasilnya beberapa siri tangkapan dapat dibuat, sehingga bulan ini seramai empat warga Thailand berjaya ditahan dalam operasi ini," katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jalong, Loh Sze Yee pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.

Iklan

Menurutnya, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang menjalankan iventori merekodkan tiga spesies mamalia besar terancam iaitu harimau belang, gajah dan seladang.

"Dalam survey dijalankan bagi spesies harimau belang, jumlah yang dianggarkan antara 40-50 ekor, gajah antara 100-130 ekor dan seladang sebanyak 50-60 ekor.

Iklan

"Habitat-habitat utama tiga spesies yang terancam ini adalah di Hutan Royal Belum, Hutan Simpan Temengor dan Hutan Simpan Piah," katanya.

Beliau berkata, kerajaan Perak juga mewajibkan pemaju atau sebarang aktiviti yang melibatkan pembukaan tanah atau pembalakan mendapatkan laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) yang mengambil kira mitigasi hidupan liar. Ianya bertujuan untuk mengelakkan kepupusan hidupan liar dan konflik hidupan liar-manusia akibat penghijrahan hidupan liar disebabkan kehilangan habitat.

"Jabatan Perhilitan telah menubuhkan dua projek konservasi bagi membiakkan hidupan liar iaitu di Bota Kanan dan Pusat Konservasi Hidupan Liar dan Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai.

"Pusat menyelamat ini boleh dianggap sebagai hospital hidupan liar dan merupakan satu-satunya pusat menyelamat yang ada di Semenanjung Malaysia," katanya.