GUANGDONG - Seorang lelaki yang menderita pendarahan hidung terkejut apabila mendapati lintah sepanjang tiga inci 'tinggal' dalam hidungnya sejak dua minggu lalu.
Lelaki berusia 24 tahun itu mengalami pendarahan hidung selama dua minggu sebelum memutuskan mendapatkan bantuan di Hospital Sanhe, Guangdong China.
Iklan
Iklan
Pakar telinga, hidung dan tekak, Dr Wang Yanfeng mengesyaki terdapat lintah yang hidup dalam rongga hidung pesakit semasa melakukan pemeriksaan awal.
Spekulasi itu terjawab apabila dia melakukan pemeriksaan rapi dan menemui parasit itu.
Rakaman video menunjukkan Dr Wang menyembur anestetik ke dalam lubang hidung pesakit dan mengeluarkan lintah sepanjang 3.15 inci ke dalam bekas logam.
Pesakit itu memaklumkan telah meminum air dari sungai ketika sedang mendaki bersama rakan-rakannya di Yunnan dua minggu lalu.
Dr Wang mengesyaki pesakit itu secara tidak sengaja telah menyedut larva lintah ke hidungnya, sebelum membesar dan mengakibatkan pendarahan dalam hidungnya.