PUTRAJAYA - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas ketam 'King Crab' dari Korea Selatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam kerana dibawa masuk tanpa permit import dan sijil kesihatan.
Pengarah Maqis Selangor/Negeri Sembilan, Dr Tarmisal Alimin berkata, ketam seberat 40 kilogram bernilai RM8,300 itu ditemui dalam dua kotak ais hasil pemeriksaan terhadap seorang wanita warga Korea Selatan di balai ketibaan KLIA kira-kira jam 11.45 malam.