MEMAKAI kasut lebih empat jam setiap hari akan menyebabkan kaki yang mempunyai sekurang-kurangnya 250,000 kelenjar peluh cenderung mengeluarkan lebih banyak peluh berbanding anggota badan lain.
Situasi tersebut mengakibatkan kaki berbau busuk, apatah lagi dengan kehadiran bakteria dan sel kulit mati.
Justeru, bagi membantu masalah kaki yang mengeluarkan bau kurang menyenangkan, peneraju bidang penghasilan bedak berubat Agnesia memperkenalkan Bedak Agnesia Foot Care.
Produk baharu yang menggabungkan bahan-bahan semula jadi dan sintetik itu dirumus khas dengan Tri-Activ Botanical Complex. Ia terdiri daripada ekstrak akar bambusa arundinacea, ekstrak equisetum arvense, salvia officinalis dan klorheksidina.
Kesemua bahan tersebut membantu membunuh hingga 99.9 peratus bakteria dan zink oksida berikutan tahap penyerapan lembapan yang tinggi.
Pada masa sama, ia turut memastikan kaki sentiasa kering, mengecilkan bukaan liang dan bertindak sebagai agen penyahbauan.
Menurut Penolong Pengurus Besar Apex Pharma (syarikat induk Agnesia), Ang Girl Bee, dengan adanya Bedak Agnesia Foot Care di pasaran diharapkan masalah kaki berbau dapat diatasi.
"Tidak dinafikan sebahagian besar pengguna mencari-cari solusi terbaik dan bersesuaian untuk rejim kebersihan kaki mereka.
"Oleh itu, jangan gusar kerana Bedak Agnesia Foot Care dapat membantu anda melangkah dengan yakin dan selesa,” katanya.
INFO
Bedak Agnesia Foot Care
- Lokasi: AEON Wellness, Multicare, Big Farmasi dan farmasi-farmasi lain di seluruh negara
- Harga: RM16.90