Sekali sekala bawa Hasmah 'dating' di KL

Iklan

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil kesempatan pada cuti hujung minggu bersantai bersama isteri tercintanya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Beliau berkongsi perkara itu di Facebook rasminya dengan memuat naik beberapa keping gambar mereka berdua.

Iklan
Iklan

"Sekali sekala bawa Hasmah 'dating' di Kuala Lumpur (KL)," tulisnya.

Menerusi gambar itu, Tun Dr Mahathir juga dilihat memandu sendiri kereta jenama Proton.

Iklan

Mengurus tadbir negara bukan satu tugas yang mudah dan hakikat itu perlu dilalui oleh sesiapa bergelar Perdana Menteri.

Kekangan masa untuk bersama ahli keluarga antara cabaran yang perlu diharungi namun beliau memegang tampuk utama negara sebanyak dua kali tetap mengisi masa lapangnya bersama adinda tercinta, Tun Siti Hasmah.

Iklan

Rata-rata netizen menyifatkan keutuhan cinta mereka dalam melayari bahtera rumah tangga semenjak tahun 1956 membuatkan mereka sangat serasi dan 'sweet couple'.

Paparan Facebook Tun Dr Mahathir.

Mereka juga mendoakan pasangan itu sentiasa dalam keadaan sihat dan sentiasa bahagia.

Kata Azie,"Semoga Tun berdua dalam lindungan ALLAH, sihat walafiat dan sentiasa diberikan kebijaksanaan dalam mentadbir negara."

"Sweet couple semoga diberkati dan diberi kesihatan yang baik. Amin," kata Che Deng.

"So sweet. Semoga dilimpahi rahmat buat Tun suami isteri," kata Noor Ezdiani Zainal Abidin pula.

Sehingga kini posting itu mendapat 4,900 tanda suka dari netizen.