'Disangka sesat rupanya balik asrama'

Iklan
Wanita yang bekerja sebagai operator pengeluaran itu ditemui dalam keadaan selamat di asrama pekerja yang disediakan syarikatnya.

PASIR GUDANG - Wanita warga Vietnam yang dilaporkan sesat selepas memasuki kawasan hutan berhampiran Teluk Jawa di sini sejak petang kelmarin ditemui selamat di asrama kilang tempatnya bekerja semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, pihaknya menerima maklumat bahawa wanita yang bekerja sebagai operator pengeluaran itu ditemui dalam keadaan selamat di asrama pekerja yang disediakan syarikatnya.

Iklan
Iklan

"Mangsa ditemui di asrama pekerja kilang tempatnya bekerja di Jalan Tembusu Taman Air Biru di sini kira-kira jam 1.50 petang.

"Mangsa juga pulang ke kawasan asrama berkenaan sendirian dengan menumpang kenderaan awam,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Iklan

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang operator kilang dipercayai tersesat dan tidak dapat dikesan selepas memasuki kawasan hutan berhampiran Teluk Jawa di sini petang kelmarin.

Difahamkan, mangsa yang berusia 30 tahun itu masuk ke kawasan hutan berkenaan seorang diri.

Iklan

Hasil siasatan awal juga mendapati sebelum kejadian mangsa dibawa ke sebuah tokong berada di kawasan berhampiran oleh penyelia dan rakan setugasnya untuk mendapatkan rawatan tradisional.

Bagaimanapun, ketika sedang dirawat, mangsa tiba-tiba tersentak dan terus bertindak melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita lari masuk hutan selepas 'berubat' di tokong