Anwar dalam Kabinet: Belum buat keputusan, kata PM

Iklan
Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) melambaikan tangan kepada para jurugambar pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden PH di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya hari ini. Turut hadir, Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) dan Presiden PH Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kanan). - Foto Bernama

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad belum membuat sebarang keputusan sama ada memasukkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam barisan Kabinet baharunya.

"Belum buat sebarang keputusan," katanya.

Iklan
Iklan

Menurut Dr Mahathir, segala kemungkinan boleh berlaku (masukkan Anwar atau tidak).

"Segalanya mungkin berlaku," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini hari ini.

Iklan

Anwar yang turut bersama pada sidang media itu terus mencelah bahawa beliau tidak memohon jawatan dalam Kabinet.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Mahathir pertimbang rombak Kabinet

Iklan

[VIDEO] 'Terserah PM, itu hak dia jika nak rombak Kabinet'

"Saya tidak mohon," katanya.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, menteri-menteri Kabinet sedia ada juga tidak membantah untuk pembentukan barisan baharu.

"Mereka tidak kata jangan rombak saya," selorohnya.

Ketika ditanya mengenai perjumpaan dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah pada pra mesyuarat Kabinet semalam, beliau berkata, antara yang dibincangkan adalah masalah semasa yang dihadapi kerajaan.

"Saya maklumkan kepada Baginda situasi terkini negara, masalah yang dihadapi dan kerajaan belum bebas melaksanakan apa yang dirancangkan," katanya.

Isu rombakan Kabinet menjadi hangat apabila Dr Mahathir memberitahu beliau sedia mempertimbangkan untuk berbuat demikian susulan kekalahan teruk PH pada PRK Tanjung Piai.

Beliau menjangkakan rombakan Kabinet akan berlaku sebelum penganjuran persidangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) November tahun hadapan.

Pertemuan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan beberapa pemimpin BN di kediamannya baru- baru turut mencetuskan pelbagai spekulasi dalam arena politik negara.