Amanah cadang wujud kelab remaja Rahmah

Iklan
Mahfuz berucap pada Konvensyen Amanah Wilayah Persekutuan kali ke-4, 2019 di Dewan Rumah Kelab Alumni Universiti Malaya, Jalan Susur Damansara di sini hari ini.

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) bercadang mewujudkan kelab remaja Rahmah selaras dengan peningkatan jumlah pengundi muda hari ini.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, penubuhan Rahmah diambil sempena motto parti Rahmatan Lil A'lamin yang dilihat bersesuaian untuk mendekati anak muda bagi memahami hala tuju kerajaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, perkara berkenaan dilihat penting dalam usaha membentuk pemikiran, minda dan pengetahuan baharu kepada golongan muda khususnya dalam era revolusi industri 4.0.

"Setiap tahun selepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) kita ada 450,00 budak, jumlah itu adalah first time voters (pengundi kali pertama). Bermakna berjuta-juta orang.

Iklan

"Mengikut laporan bank dunia menjelang 2022, lebih 70 juta jenis pekerjaan akan lupus dan yang ada ini lebih kurang 130 juta jenis pekerjaan akan melalui proses rebranding yang sesuai dengan Revolusi Industri 4.0.

"Jadi mereka (golongan muda) perlu didekati untuk diberitahu soal bagaimana pendidikan yang harus mereka lalui, akademik atau kemahiran (skill) yang sangat menjanjikan jaminan untuk mereka dalam sektor pekerjaan dan keusahawanan," katanya pada sidang akhbar sempena Konvensyen Amanah Wilayah Persekutuan kali ke-4, 2019 di Dewan Rumah Kelab Alumni Universiti Malaya (UM), Jalan Susur Damansara di sini hari ini.

Iklan

Hadir sama Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli dan Hayatul Kamil Termudi.

Pada Konvensyen berkenaan turut diadakan pemilihan Jawatan Kuasa Pimpinan sesi 2019-2022.

Sementara itu, Mohd Hatta berkata, sebagai bakal pengundi baharu, lepasan SPM dan golongan muda ini diberikan tanggungjawab besar untuk tentukan kepimpinan negara.

"Era akan datang anak muda akan terjun bidang pekerjaan lebih awal, tak semestinya tunggu graduation (graduasi).

"Kita akan cuba khususnya memperkenalkan program keusahawanan; protege bagi melatih graduan dan anak muda lepasan sekolah untuk terlibat dengan keusahawanan," katanya.