‘Kami dah tak tahan’

Iklan
Kawasan rumah penduduk di RMM Teluk Kalong yang dinaiki air.

KEMAMAN -"Kami dah tak tahan. Tolong atasi segera masalah sistem perparitan di sini, banyak kerosakan harta benda yang terpaksa ditanggung.”

Itu antara luahan penduduk Perumahan Rumah Mampu Milik (RMM) Teluk Kalong, Kijal di sini yang sering kali menjadi mangsa banjir setiap kali musim tengkujuh melanda.

Iklan
Iklan

Difahamkan hujan berterusan sejak Khamis lalu menyebabkan sebahagian kawasan perumahan di sini dinaiki air dan mula membanjiri rumah sejak malam Jumaat lalu menyebabkan ramai penduduk terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PSS) DITC Teluk Kalong.

Kediaman penduduk yang dinaiki air akibat banjir.

Penduduk, Muhammad Fahmi Ismail, 23, berkata, selain hujan lebat, kejadian banjir di situ dipercayai berpunca akibat saliran utama tali air tersumbat.

Iklan

"Kerja pembersihan tali air ada dibuat tapi ia hanya sebahagian sahaja, sedangkan tali air perumahan ini panjang. Boleh lihat sendiri banyak pokok-pokok kangkung dan sampah yang tidak dicuci menyebabkan saluran air tersumbat.

"Saluran pembetungan juga perlu diganti dengan yang lebih besar. Masalah ini sudah lama dan sentiasa berulang. Perumahan ini sudah dibuka lebih tiga tahun dan bila musim tengkujuh, banjir sering kali berlaku sebab masalah saliran ini,” katanya.

Saluran utama di perumahan itu yang tersumbat menyebabkan berlakunya banjir.

Iklan

Katanya, penduduk tidak mahu menuding jari kepada sesiapa sebaliknya mahu pihak berkaitan mengatasi masalah sistem perparitan di situ kerana sudah tidak sanggup menanggung kerugian dan kerosakan harta benda setiap kali banjir.