KUALA LUMPUR - Suasana Hospital Kuala Lumpur (HKL) cemas seketika selepas berlaku kebakaran di Jabatan X-ray hospital itu sebentar tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa, Amrdan Mahat berkata, kejadian melibatkan kebakaran pendingin hawa yang musnah 20 peratus dilaporkan berlaku jam jam 7.55 malam.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kebakaran berjaya dipadamkan menggunakan alat pemadam api dan tiada mangsa terlibat dalam insiden itu.
"Seramai 50 anggota dari BBP Titiwangsa, Sentul, Hang Tuah dan Jalan Tun Razak dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.
"Kawasan terjejas berkeluasan 272 kaki persegi. Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.