Doktor sanggup sedut 800ml urin di tengah penerbangan

Iklan
Hong melakukan prosedur kecemasan itu dalam tempoh 37 minit.

BEIJING - Tindakan pantas dua pakar bedah di China ini berjaya menyelamatkan nyawa.

Akhbar New Express berpusat di Guangzhou melaporkan, Zhang Hong dari First Affiliated Hospital di Universiti Junan di Guangzhou dan Xiao Zhanxiang dari Hainan Provincial People’s Hospital di Haikou segera memberikan bantuan perubatan di tengah-tengah penerbangan dari selatan China ke New York pada Selasa lalu.

Iklan
Iklan

Ketika kejadian, perut lelaki warga emas itu dilaporkan membengkak dan pernah didiagnos dengan masalah prostat membesar.

Hasil pemeriksaan Hong mendapati terdapat kira-kira seliter urin terperangkap dalam pundi kencingnya dan berisiko pecah.

Iklan

Bagi menyelamatkannya, kedua-dua pakar bedah tersebut terpaksa mencari cara alternatif dengan menggunakan penyedut minuman, jarum suntikan dan tiub daripada topeng oksigen untuk melakukan prosedur kecemasan di dalam pesawat itu.

Pada mulanya, mereka mencucuk jarum suntikan untuk mengeluarkan urin tersebut namun gagal.

Iklan

Hong kemudiannya menyedut sendiri urin itu dan berjaya mengeluarkan 800 mililiter (ml) dalam tempoh 37 minit.

Selepas rawatan kecemasan itu, penumpang tersebut dibaringkan semula dan dia turut menjalani pemeriksaan susulan sejurus pesawat selamat mendarat. - Agensi