IPOH - Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim hari ini berkenan berangkat ke program Karnival Ekstravaganza Percutian Persatuan Seni Pentas Perak (PSPA) 2019 dan Hari Tanpa Kenderaan Ipoh di Jalan Raja Di Hilir di sini.
Keberangkatan tiba Tuanku Zara pada jam 8 pagi diiringi isteri Menteri Besar Perak, Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohamed Radzi dan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.