Dasar 5G jangan flip-flop
Iklan
Bagi majoriti rakyat terutama industri kecil dan sederhana di luar bandar, kita mahu pelaksanaan 5G tidak mengulangi masalah infrastruktur dan liputan 4G. - Foto fail Bernama
NEGARA mungkin akan melihat perubahan dasar dalam agihan spektrum internet generasi kelima (5G) daripada model Single Wholesale Network (SWN) kepada Dual Wholesale Network (DWN).
Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, kedudukan Digital Nasional Berhad (DNB) dan model SWN atau DWN yang menjadi perdebatan serta polemik akan diselesaikan pada awal Mac ini.