Harga minyak melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 7 tahun
Iklan
New York - Harga minyak mentah melonjak pada paras tertinggi dalam tempoh tujuh tahun pada Selasa, yang dipacu sentimen konflik Rusia dan Ukraine.
West Texas Intermediate diniagakan AS$94 (RM393) setong, manakala harga minyak mentah Brent meningkat melepasi paras AS$96 (RM401) setong, tertinggi sejak September 2014.