Kuasa rakyat penentu kestabilan kerajaan
Iklan
DALAM masa empat tahun sejak 2018 sudah tiga kali pemerintahan kerajaan bertukar menunjukkan keadaan negara tidak stabil dari segi pentadbiran.
Saintis politik dari Jeffrey Sachs Center on Sustainable Development (JSC), Sunway University, Profesor Wong Chin Huat berpandangan, rakyat mempunyai kuasa untuk melakukan perubahan bagi membentuk kerajaan yang stabil dan boleh pulih dalam masa yang singkat.