Lembaga disiplin boleh ambil tindakan

Iklan
Akmal Nasrullah (enam dari kiri) bersama pimpinan pusat AMK selepas mesyuarat berkenaan di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

PETALING JAYA - Lembaga disiplin parti boleh membuat keputusan bagi kenyataan yang dirasakan keterlaluan.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, mereka tidak bergaduh sebaliknya hanya berbeza pandangan yang disuarakan secara terbuka selari dengan prinsip keadilan dan demokrasi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Iklan
Iklan

Menurutnya, setiap pemimpin mengetahui perkara yang perlu dibahaskan di khalayak ramai.

"Memang kita parti yang reformis, demokrasi. Tapi kalau di luar keterbatasan, anda mesti bersedia untuk dihadapkan ke lembaga disiplin parti.

Iklan

"Pada masa ini bagi saya, pimpinan parti kena tumpu pada isu rakyat dan fokus pada suara anak muda," katanya kepada media selepas Mesyuarat Pimpinan Pusat AMK di sini hari ini.

Akmal Nasrullah mengulas kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad yang menasihati pemimpin PH agar menyuarakan pandangan melalui jawatankuasa parti masing-masing bagi mengelak tanggapan tidak baik terhadap muafakat gabungan tersebut.

Iklan

"Jadi kalau kita sama-sama nak pertahankan parti, nak pertahankan PH, kita harus berjiwa besar dan hormati proses struktur operasi parti," katanya.

Dalam pada itu, Akmal Nasrullah berkata, Kongres Nasional Tahunan AMK 2019 dijadualkan pada 6 hingga 8 Disember ini muktamad akan dirasmikan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurutnya, bukan kali pertama penganjuran kongres parti itu dirasmikan oleh individu selain timbalan presiden parti.

"Tidak timbul isu tradisi kerana isu itu kelaziman. Walaupun berbeza kali ini tapi ini bukan kali pertama.

"Sebelum ini memang perasmian AMK mahu pun Wanita, perasmi itu tidak terikat dengan mana-mana jawatan atau individu.

"Kita nak pastikan agenda anak muda diangkat lebih jauh dengan hasrat tunjukkan Keadilan (PKR) merupakan gabungan terkuat dalam PH dan kita bagi komitmen kepada kerajaan hari ini," katanya.