Pahang luluskan 135 projek PR1MA

Iklan
Abd Rahim (tengah) ketika mengadakan lawatan di rumah contoh PR1MA yang telah siap dibina di Kampung Tiram Kuantan.

KUANTAN - Kerajaan Pahang meluluskan sebanyak 135 projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) kepada pemaju swasta seluruh negeri ini.

Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Abd Rahim Muda berkata, daripada jumlah itu kerajaan negeri telah membatalkan enam projek, empat pemaju pula menarik diri dan 10 projek dalam pemantauan atas faktor tiada kemajuan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pada masa ini pelaksanaan 115 projek yang melibatkan 130 fasa dalam pelbagai peringkat yang sedang dilaksanakan.

"Sebanyak 17 projek dengan 3,842 unit rumah telah berjaya disiapkan dengan CCC (Sijil Perakuan Penyiapan dan Pematuhan) manakala 18 projek dengan 4,403 unit rumah dalam peringkat kerja-kerja pembinaan di tapak.

Iklan

"Sementara itu, sebanyak 39 projek dengan 9,989 unit rumah telah diluluskan kebenaran merancang. Sebanyak 23 projek dengan jumlah 7,514 unit lagi dalam peringkat kelulusan kebenaran merancang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas sidang akhbar Majlis Pelancaran Rumah Makmur Kampung Tiram di sini hari ini.

Iklan

Dalam pada itu Abd Rahim berkata, sebanyak 33 projek dengan jumlah 8,724 unit rumah adalah projek yang baharu diluluskan.

Katanya, kerajaan negeri menerima banyak permohonan PR1MA dan pihaknya akan sentiasa mengkaji serta mencari solusi agar keperluan rakyat dipenuhi.