Rampas rumah PR1MA, Makmur jika salah guna

Iklan
Abd Rahim (kanan) dan Wan Rosdy (dua dari kanan) berehat di ruang tamu rumah Makmur di Kampung Tiram hari ini.

KUANTAN - Kerajaan Pahang akan merampas kembali rumah mampu milik Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Makmur yang didapati dijadikan inap desa oleh pembeli.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, rumah tersebut diperuntukkan khas kepada rakyat yang tidak berkemampuan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, rakyat seharusnya menghargai pemberian kerajaan menerusi projek perumahan sebegini kerana kerajaan sanggup kehilangan hasil premium tanah tersebut demi rakyat.

"Kerajaan kehilangan hasil dalam projek sebegini demi rakyat. Ini kerana kerajaan negeri tidak memungut premium daripada pemaju bagi memastikan pemaju dapat membina rumah bernilai RM80,000 untuk projek Makmur dan RM150,000 pula projek PR1MA.

Iklan

"Jadi seharusnya perkara tersebut tidak berlaku. Kalau sewakan buat homestay (inap desa) maknanya mereka mampu dan ada rumah lain. Projek ini khas untuk mereka yang berpendapatan bawah RM5,000 (Makmur) dan bawah RM10,000 (PR1MA)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Majlis Pelancaran Perumahan Makmur Kampung Tiram di sini semalam.

Iklan

Hadir sama, Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Abd Rahim Muda dan Exco Kemudahan Asas, Penyampaian Awam dan Inovasi, Datuk Seri Norol Azali Sulaiman.

Rumah Makmur contoh yang siap dibina di Kampung Tiram.

Dalam ucapannya, Wan Rosdy turut mengumumkan kerajaan negeri menganggarkan dapat menyediakan 41,562 unit rumah mampu milik kepada rakyat dengan pecahan 34,472 unit rumah PR1MA dan 7,088 unit rumah Makmur.

"Rumah Makmur untuk pemohon yang tiada rumah. Kerajaan menyasarkan 10,000 unit rumah Makmur di 11 daerah negeri ini dengan Kampung Tiram sebagai perintis menerusi 635 unit. Bagi Kampung Tiram, kita minta pemaju siapkan dalam tempoh 24 bulan.

"Pada masa kini kerajaan telah menerima 1,700 permohonan rumah Makmur Kampung Tiram namun rakyat tidak perlu bimbang kerana Exco Perumahan (Abd Rahim) telah mengemukakan cadangan membangunkan 3,000 unit lagi di Indera Sempurna. Kerajaan telah meluluskannya di tanah berkeluasan 1,000 ekar," katanya.