Khalid dipilih terajui KLFA

Iklan
Khalid Abd Samad dipilih sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) -Foto Kuala Lumpur Hawks

MENTERI Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad dipilih sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) dalam kongres ke-32 persatuan itu, hari ini.

Beliau dilantik sebagai presiden KLFA selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan bagi kerusi itu yang kosong sebelum ini sekali gus menyaksikan Ahli Parlimen Shah Alam itu akan menerajui persatuan sehingga 2023.

Iklan
Iklan

Khalid menegaskan, indeks petunjuk prestasi (KPI) utama yang diletakkannya adalah untuk membawa kembali Kuala Lumpur ke saingan Liga Super pada tahun 2021.

"Saya mahu memastikan zaman kegemilangan KLFA ini dapat dikembalikan dan dalam masa sama mewujudkan pengurusan dan pasukan yang hebat dalam arena bola sepak tempatan.

Iklan

"Saya juga menyasarkan pasukan berada dalam kelompok empat pasukan terbaik dalam saingan Liga Super pada 2021.

"Dari segi pemain saya mahu mencari dan membentuk pemain muda yang dahagakan kejayaan. Kalau orang lama ini moral dah kurang kesungguhan tidak 100 peratus," katanya dalam sidang media selepas kongres tersebut.

Iklan

Dalam pada itu, beliau juga mahu KLFA cuba memenuhi hasrat dan impian peminat pasukan bola sepak Kuala Lumpur untuk muncul antara pasukan terbaik dalam negara.

"Semua mesti ada kesepakatan selain mengetepikan ideologi politik, maka pasukan ini pasti akan berjaya.Kita juga mesti sanggup melakukan apa sahaja demi merealisasikan impian peminat pasukan ini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid dilantik sebagai Timbalan Presiden KLFA selepas menang tanpa bertanding.

Kerusi naib timbalan pula disandang oleh Syed Yazid Syed Omar, Datuk Astaman Abd Aziz, Mohd Hamidi Abu Bakar dan Azli Yusof.