Bukan usus babi tapi gumpalan susu: Jakim

Iklan
Tangkap layar video yang memaparkan satu kotak minuman Milo yang didakwa mengandungi usus babi.

SHAH ALAM – Baru-baru ini tular di media sosial mengenai dakwaan pengguna di Facebook yang mengatakan kotak minuman coklat jenama Milo yang dibelinya mengandungi usus babi.

Namun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam satu kenyataan semalam menafikan perkara tersebut.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh pihak Nestle Malaysia, ia adalah gumpalan susu yang terjadi dipercayai akibat produk telah rosak.

"Walau bagaimanapun, pihak syarikat masih belum dapat menghubungi individu yang menularkan kejadian terbabit menerusi rakaman video untuk disiasat punca berlakunya gumpalan.

Iklan

"Sekiranya pengguna turut mengalami kejadian yang sama, sila hubungi Perkhidmatan Pengguna Nestle di talian 1800883433 atau di https://www.nestle.com.my/aboutus/our-halal-commitment,” kata kenyataan itu.

Menurut Jakim, pihaknya tampil membuat penjelasan itu susulan media sosial Halal Malaysia dihujani dengan pertanyaan awam berkenaan status minuman itu yang mengandungi usus babi.

Iklan

"Pengguna juga boleh merujuk Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia di http://fsq.moh.gov.my/v6/xs/index.php untuk mengetahui informasi lanjut berkenaan isu-isu keselamatan dan kualiti makanan yang berada di negara ini.

"Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari Portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal. Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular di http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular,” katanya.