Kerajaan Kelantan terima dengan terbuka

Iklan
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob ditemui pemberita berhubung perletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong selepas menyampaikan kuliah Maghrib di Masjid Al-Hidayah, Kampung Laut malam ini. - Foto Bernama

TUMPAT - Kerajaan Kelantan menerima dengan terbuka keputusan Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong berkuatkuasa hari ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, peletakan jawatan baginda itu harus dihormati dan diterima secara terbuka.

Iklan
Iklan

"Terpulang kepada baginda, itu haknya sebagai Sultan yang dipilih sebagai Agong.

"Saya sebagai Ketua Kerajaan akan berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri dan bahagian protokol untuk tindakan lanjut setelah rasminya baginda meletakkan jawatan," katanya ditemui media di Masjid Al-Hidayah Kampung Laut, malam tadi.

Iklan

Sultan Muhammad V yang merupakan Sultan Kelantan ke-29 ditabal menjadi Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember 2016.

Baginda menggantikan Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dari Kedah.

Iklan

Ahmad berkata, dua hari lalu dia ada bertemu dengan Sultan Muhammad V dan solat Jumaat bersama namun baginda tidak menzahirkan apa-apa.

"Sepanjang menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda telah berusaha untuk memenuhi tanggungjawab dan amanah selaku Ketua Negara dengan baik sekali," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Agong letak jawatan]