'Pramugara satu dalam seribu'

Iklan
Tangkapan layar video yang menunjukkan seorang pramugara Lion Air sedang menyuap makanan kepada seorang warga emas.

INDONESIA – Tindakan seorang pramugara yang menyuapkan seorang wanita warga emas ketika berada dalam pesawat Lion Air mengundang sebak dan pelbagai reaksi netizen.

Video itu dikongsi oleh seorang pengguna akuan Kombas Majan di Facebook yang memaparkan ketinggian adab seorang pramugara yang sanggup mengenepikan protokol untuk melayan seorang warga emas dalam kapal terbang tersebut.

Iklan
Iklan

Lebih menyentuh hati, dalam video tersebut, dia dengan penuh sopan santun sanggup melutut di sebelah tempat duduk wanita tersebut dan meniup makanan sebelum menyuap kepada warga emas terbabit.

Keikhlasannya jelas terpancar di wajahnya yang sentiasa tersenyum dan lemah lembut berbual bersama wanita terbabit yang sesekali mengelap mulut wanita itu dan memperbetulkan tudung yang dipakainya seolah-olah wanita itu seperti ibu kandungnya sendiri.

Iklan

Dalam pada itu, Komban Majan juga turut memuat naik status memberitahu"Seribu orang barangkali ada seorang sahaja yang seperti ini. Ketulusan pramugara dalam menyuapkan dan melayani penumpang yang usia lanjut (warga emas).

Antara reaksi netizen yang terharu dengan tindakan yang dilakukan oleh pramugara itu.

"Di dalam hatinya mungkin dia terbayang sedang menyuapkan ibunya. Semoga hidupmu selalu diberkati oleh ALLAH,” tulisnya di Facebook.

Iklan

Perkongsian video yang berdurasi 1 minit 23 saat itu kini tular di media sosial yang meraih 2.2 juta tontonan, 34,000 tanda suka di samping 45,000 warganet telah berkongsi video tersebut.

Perkara itu juga membuatkan ramai netizen mendoakan kesejahteraannya yang amat bersopan santun yang mampu memberi imej baik kepada syarikat penerbangannya.

"Moga hidupmu sentiasa dirahmati ALLAH selalu. Dengan orang lain pun begitu, bagaimana dengan orang tuanya. Semoga panjang umur, sihat dan berjaya. Ini contoh anak yang baik. Sejuk perut ibumu melahirkanmu,” tulis Liayana Rahman di Facebook.

Dina Rahman pula berkata"Apabila melihat video ini, teringat masa aku menyuapkan ibuku buat kali terakhir di rumah sakit. Apa yang pemuda ini lakukan sungguh menyentuh hatiku ini. Semoga hidupnya sentiasa diberkati dan dipermudahkan oleh ALLAH."