Penyanyi K-pop Goo Hara ditemui meninggal dunia

Iklan
-Foto Instagram Goo Hara

PENYANYI K-pop, Goo Hara dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Cheongdam-Dong, kawasan Gangnam pada awal pagi Ahad.

Portal berita antarabangsa melaporkan bintang berusia 28 tahun, yang juga merupakan bekas ahli kumpulan Kara ditemui maut kira-kira jam 6 pagi waktu tempatan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, punca kematian penyanyi itu masih belum didedahkan.

Pada Mei lalu, Goo Hara mengemukakan permohonan maaf kepada peminatnya selepas dilaporkan cuba membunuh diri.

Iklan

Sebelum kematian, Goo Hara aktif mempromosikan karyanya di Jepun termasuk siri jelajah terbaharu, Midnight Queen.

Mendiang juga terbabit dalam kekecohan kes mahkamah melibatkan bekas teman lelakinya, yang didakwa melakukan serangan dan juga mengancam keselamatan Goo Hara.

Iklan

Pada tahun 2015, Goo Hara membuat kemunculan solo dengan EP Alohara (Can Can You Feel It?) selepas pembubaran Kara. Sejak itu, dia turut melebarkan karier dengan memegang watak untuk projek filem dan juga televisyen. -Astro Awani