[VIDEO] Miko kesayangan Kak Mah...

Iklan
Halimah menjadikan Miko sebagai haiwan peliharaannya sekeluarga sejak lima tahun lalu.

GUA MUSANG - [DIKEMASKINI] Memelihara reptilia sebagai haiwan peliharaan mungkin satu hobi yang jarang kita dengar malah ramai yang takut dengan haiwan berdarah sejuk ini.

Bagaimanapun warga emas dari Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh, Halimah Abdullah, 64, menjadikan ular sawa sebagai haiwan peliharaannya sejak lima tahun lalu.

Iklan
Iklan

Menurut Halimah, dia mula memelihara ular yang diberi nama Miko itu ketika reptilia berkenaan baru menetas.

"Anak saya membeli Miko di Kuala Lumpur pada harga RM150. Ketika itu saiznya sebesar jari kelingking dan hanya memakan serangga seperti lipas.

Iklan

"Kini beratnya mencecah 60 kilogram (kg) dengan lima meter panjang. Saya menempatkannya di dalam sangkar yang dbina khas di luar rumah.

"Kini Miko makan empat ekor ayam setiap dua minggu sekali. Alhamdulillah, lima tahun memelihara Miko, haiwan ini tidak pernah agresif," katanya.

Iklan

Halimah yang mempunyai lesen dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) juga memberitahu Miko mempunyai cip mikro di bahagian badannya dan jika hilang, dia dan keluarga boleh mengesan lokasi Miko.

"Dulu, hanya saya seorang sahaja boleh mandikan Miko namun kini saya memerlukan bantuan anak-anak kerana beratnya melebihi berat badan saya.

"Bagaimanapun, kami sendiri tidak tahu jantina Miko. Saya tidak bercadang menambah peliharaan, cukup hanya Miko sahaja menjadi peneman dan mainan kami sekeluarga," katanya.