Mindfulness, celik akal dan khusyuk

Iklan
Foto hiasan 123RF

KHAZANAH MINDA

PADA tahun 1881, Thomas William Davids (1843-1922) pakar bahasa Pali menterjemahkan istilah sati kepada mindfulness dalam istilah sammā-sati yang diberi makna right mindfulness; the active, watchful mind. Perkataan sati ialah elemen penting dalam pelbagai teknik meditasi Buddha. Menurut beberapa penulis Barat yang lain, sati juga dihubungkan dengan memori, pengekalan memori serta perhatian.

Pada dasawarsa 1970-an, istilah dan konsep mindfulness dibawa ke Barat oleh Jon Kabat-Zinn (lahir 1944), profesor emeritus perubatan di Sekolah Perubatan, Universiti Massachusetts. Kabat-Zinn membesar dalam keluarga Yahudi yang tidak mengamalkan ajaran Yahudi. Walaupun mindfulness mempunyai akarnya dalam agama Buddha, ia dikembangkan oleh Kabat-Zinn di Amerika Syarikat yang sudah disekularkan dan tidak lagi mengandungi ajaran Buddha.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Artikel Tanpa Had Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan dengan
Log Masuk atau Daftar Akaun untuk membaca artikel ini.