Jadikan mulut yang sejukkan hati
Iklan
SEBETULNYA
APABILA kita bertemu dengan kawan-kawan yang agak celupar mulutnya, sering kali kita terdengar ungkapan seperti:"Siapalah yang belah mulut kamu semasa kecil dahulu?”. Secara umumnya, ‘belah mulut’ adalah merujuk kepada upacara tahnik yang sunat dilakukan kepada bayi yang baru dilahirkan. Kebiasaannya ‘belah mulut’ dilakukan oleh orang yang alim, baik tutur kata dan mulia akhlaknya.
Justeru ungkapan ‘Siapalah yang belah mulut kamu?' adalah lebih bersifat gurauan semata-mata kerana sikap mulut celupar sepatutnya tidak berlaku kerana telah melalui proses tahnik dengan baik semasa kecil dahulu.